Sabtu, 5 Jun 2010

armada-ku ingin setia..,








Download video clip Armada Ku Ingin Setia

just me...


NAME : Muhammad Faiz Al Faiq
AGE : 18
NICK : kids92 / vampire92dragond
LIKES : friends...
HATE : myself

Khamis, 3 Jun 2010

sejarah...visi n misi sekolah...



SEJARAH SEKOLAH

Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Banting telah ditubuhkan pada 1hb Disember 2000, dan memulakan sesi persekolahan pada 4hb Januari 2001. Pada ketika itu sekolah ini beroperasi secara menumpang di Sekolah Kebangsaan Kanchong Tengah, 42700 Banting, Kuala Langat, Selangor. Sesi persekolahan pertama bermula dengan 19 orang guru serta dibantu oleh 3 orang Anggota Kakitangan Sokongan manakala pelajar kumpulan pertama yang berjumlah 115 orang pelajar dalam empat kelas tingkatan satu.

Tuan Haji Abd Latif bin A Aziz telah dilantik sebagai pengetua pertama sekolah ini, beliau bertugas di sekolah ini sehingga 19hb Julai 2002 sebelum ditukarkan ke Pejabat Pelajaran Daerah Sepang dan setahun kemudiannya beliau ditukarkan ke Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Langat sebagai Pegawai Pengurusan Akademik. Tuan Haji Asmoin bin Sarkawi pula dilantik sebagai Pengetua Sekolah ini mulai 15hb April 2003 hingga sekarang.

Sekolah ini ditubuhkan bagi menampung pelajar-pelajar dari Kampung Endah. Kampung Tali Air, Morib, Kampung Kanchong Tengah dan Kampung Kanchong Darat. Hal ini kerana sekolah-sekolah menengah yang lazimnya menampung pelajar dari kampong-kampung tersebut telah mengalami kesesakan. Sekolah-sekolah yang dimaksudkan ialah Sekolah Menengah Kebangsaan Batu Laut, Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Abdul Samad.

Pada 9hb Jun 2003 pelajar dan guru Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Banting telah memulakan sesi persekolahan penggal dua tahun 2003 di bangunan sendiri yang terletak di Persiaran Majlis, 42700 Banting.


Visi Sekolah

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN BANDAR BANTING

KE ARAH PENDIDIKAN TERBAIK DAN CEMERLANG MENJELANG 2010


Misi Sekolah

BERUSAHA MENINGKATKAN KUALITI PENDIDIKAN

BAGI MELAHIRKAN INSAN YANG BERILMU PENGETAHUAN,

BERAKHLAK MULIA DAN BERKEMAHIRAN TINGGI

SELARAS DENGAN FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

DAN ASPIRASI NEGARA